oleh Amir Hamzah | |
Terbitan pertama | November 1937 |
---|---|
Negara | Indonesia |
Bahasa | Melayu/Indonesia |
Siri | Nyanyi Sunyi |
Baris | 28 |
Didahului | Kuatrin tidak berjudul ("Sunyi Itu Duka") |
Disusuli | "Barangkali" |
Padamoe Djoea (Ejaan Sempurna: Padamu Jua); ialah serangkap puisi sepanjang 28 baris karya Amir Hamzah. Puisi ini dimuatkan dalam himpunan puisi Amir Hamzah tahun 1937 berjudul Nyanyi Sunyi. Puisi ini merupakan karya Amir yang unggul yang amat dipuji. Pembacaannya pada amnya tertumpu terhadap tema-tema keagamaan – kebanyakannya dari segi Islam, mahupun pengaruh Kristian juga ada dibayangkan.